Services & Prices

Assalammualaikum kepada para pengunjung ShamainCraft.Com

ShamainCraft.Com merupakan aspirasi maya yang mempamerkan gubahan hantaran, bakul dan bunga telur dengan kos yang amat berpatutan. Jom layari laman ini dan sekiranya ada yang berkenan di hati, bolehla menghubungi saya =).

Segala maklumat penting berkaitan servis daripada ShamainCraft.Com akan saya nyatakan di sini di mana ianya merangkumi servis dan prosedur tempahan serta cara untuk menghubungi saya sekiranya ada sebarang persoalan atau tempahan.

Jom lihat servis yang kami tawarkan:

1. Gubahan hantaran
ShamainCraft.Com menerima tempahan gubahan hantaran untuk majlis pertunangan dan perkahwinan dengan pelbagai warna mengikut majlis tema anda dengan harga yang amat berpatutan. Harga bagi setiap hantaran hanya RM 20 termasuk bakul.

2. Bakul
ShamainCraft.Com juga menyediakan servis membuat bakul daripada barangan terpakai dengan pelbagai design. Harga: bakul tidak bertangkai (simple-jenis a) RM 8, bakul tidak bertangkai (jenis b) = RM 10, bakul bertangkai RM 10 dan bakul gabung RM 12.

3. Bunga telur
Bunga telur - batang panjang atau pendek dengan pelbagai warna. Harga = RM 0.80/pc

4. Servis gubahan hantaran
ShamainCraft.Com juga menerima tempahan utk gubahan hantaran (segala barang hiasan dari pelanggan), kami hanya menggubah mengikut citarasa anda. Harga = RM 5 utk setiap hantaran.

5. My Heart
Merupakan medium khas untuk coretan dan makluman daripada kami.

Untuk tempahan dan bayaran:

1. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh majlis atau tarikh kutipan/penghantaran.

2. Segala barangan yg dijual adalah non-returnable/non-refundable / non-exhangeable.

3. Gubahan hantaran digalakkan untuk ambil sendiri (self collect) di Permatang Pauh.

4. Bayaran boleh dibayar secara tunai atau dimasukkan ke akaun Maybank. Maklumat akan diberitahu secara personal.

2 comments:

  1. Sekarang sudah ada bisnes..untuk aku punya pakage nanti hang kena wat yg lain dari yg lain..Limited edition katakan..Yusof.Isa

    ReplyDelete